Dari pengalaman seorang..tentang keburukan/kebaikan facebook:-
1. Melalaikan.
2. Obses.
3. Perang dingin/besar (RumahTangga/SuamiIsteri)
4. Gangguan kesihatan(fizikal dan mental).
5. Gangguan oleh individu tak dikenali.
6. Cinta khayalan (Syok sendiri).
7. Hilang perasaan malu.
8. Memandang remeh hukum2 Islam terutama yang berkaitan dengan aurat.
9. Memberi peluang besar untuk syaitan mendekati kita.
10. Melalaikan kita untuk mengingati Allah.
11. ...
Hok baik pun ada..eratkan silatulrahim,mencari teman2 sek, bincang2 tentang ilmu, bertukar-tukar pendapat dan lain2..
tapi kita kena jaga2 juga dengan hok baik2 nih..
Berkenaan dengan Imam al-Ghazali:
Ibn al-Subki menyebut kenyataan dari orang-orang yang sezaman dengan Imam al-
Ghazali:
Imam al-Haramain berkata: “Al-Ghazali adalah laut yang menghilangkan dahaga”.
Murid al-Ghazali bernama Imam Muhammad ibn Yahya ibn Mansur al-Naysaburi al-Shahid
menyatakan: “Beliau adalah Shaf’I yang kedua”.
Asa’ad al-Mihani menyatakan: ”Tidak ada orang yang mencapai ilmu seperti al-Ghazali, juga tidak ada yang mencapai kelebihannya melainkan orang yang mencapai atau hampir-hampir mencapai kesempurnaan pada akalnya:”
Ibn al-Subki membuat huraian: “Aku sukakan kenyataan sedemikian ini, kerana orang yang hendak melihat kepada tahap pencapaian orang yang berada di atas daripadanya dalam ilmu, ia memerlukan kepada akal dan kefahaman yang dalam.
Saya mendengar syaikh dan imam (Syaikh al-Islam Taqi al-Din al-Subki) berkata:
‘Tidak ada orang yang mengetahui pangkat orang lain dalam ilmu melainkan orang yang sama setaraf dengan orang itu, dan yang mengenalinya secara peribadi, dan ia mengenalinya hanya setakat apa yang diizinkan untuknya mengetahui tentangnya’.”
Pemurniaan tasawwuf oleh Imam al-Ghazali rd:
Antaranya ialah pemurnian aqidah daripada pengaruh-pengaruh yang menyesatkan. Kerana itu al-Ghazali rd memberi jawapan kepada akidah-akidah yang sesat dan menyesatkan:
Mu’tazilah, Jabariyyah, Khawarij, Syi’ah, Batiniyyah, golongan ahli falsafah; semuanya adalah dengan tujuan membina hidup kerohanian atau tasawwuf yang benar atas asas akidah yang hak. Sebab itulah pada bahagian awal Ihya’nya selepas berbicara tentang ilmu beliau memaparkan akidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah, mengikut aliran Imam Abul-Hasan al-Asya’ari.
Demikianlah akidah yang hak ini mendapat pembelaan dalam teks-teks beliau seperti Al-Iqtisad fil-I’taqad, Faisalut Tafriqah, Fada’ih al-batiniyyah, dan lainnya.
Antaranya beliau membersihkan amalan-amalan rohaniah mengikut rangka Qur’an dan Sunnah, serta mengikut Imam al-Shafi’I rd. Ini jelas dalam beliau memberi huraian berkenaan dengan amalan-amalan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji, membaca Qur’an, mengamalkan wirid dan zikir dan seterusnya, dengan tafakkur dan lainnya. Dengan ini amalan tasawwuf berjalan dalam rangka ajaran kerohanian sebagaimana yang ada dalam fiqh imam mujtahid.
Tambahan ialah beliau memberi makna-makna kerohanian di sebalik amalan-amalan seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji di bawah apa yang beliau sebut sebagai “asrar” dan adabadab dengan maksud-maksud di sebaliknya. Misalnya dalam hubungan dengan ibadat sembahyang beliau mahukan orang yang melakukan sembahyang mengamalkan enam sifat batin, selain daripada rukun tiga belas sembahyang itu dengan amalan-amalan yang sunatnya.
Amalan batin yang beliau kehendaki itu ialah memahami apa yang dibaca (‘al-tafahhum”), hadirhati dalam melakukan ibadat dan jangan lalai (‘hudur al-qalb”), takut kepada Tuhan (“al-khauf”), merasa dan menyedari keagungan dan kehebatan serta kemuliaan Tuhan (“al-ta’zim”), harapkan rahmat dana penerimaan Tuhan (“al-raja’ “), dan akhirnya malu, yaitu malu kerana kekurangan-kekurangan diri dalam ibadat (‘al-haya’). Dengan adanya dimensi rohani dalam ibadat maka amalan itu memperkasakan rohani manusia dan berkesan dalam membentuk peribadinya, bukan ia setakat melakukan amalan secara mekanikal semata, walaupun itu
memang sah amalannya.
Dengan yang demikian Imam al-Ghazali menggabungkan pertimbangan hukum fiqh dan pertimbangan rohani atau tasawwuf; dengan itu teguhlah kedudukan tasawwuf dalam senarai ilmu-ilmu Islam, dan jadilah fiqh sebagai ilmu yang menjaga kemaslahatan ummat, bukannya berupa sistem mengadakan helah-helah supaya manusia tidak perlu sangat mentaati hukum Syara’ sebab para fuqaha pandai membuat helah-helah.
Dalam bahagian akhir jilid tiga kitab Ihya’ Imam Ghazali berbicara berkenaan dengan “ghurur” atau keadaan manusia terpedaya. Beliau menyebut bagaimana manusia itu mesti mengelak dirinya daripada terpedaya dalam mengamalkan agama supaya ia tidak sia-sia hidupnya di alam yang kekal nanti. Antara keadaan terpedaya itu disebutkan oleh beliau seperti berikut:
Antara mereka yang paling kuat terpedaya ialah mereka yang tidak membawa iman; maka hidup mereka dalam kegelapan rohaniah kerana tidak ada panduan. Panduan hanya boleh didapati dengan sebenar-benarnya bila orang itu membawa iman dan hiduplah ia dalam ibadat menjayakan keimanan yang diyakininya.
Antara mereka yang terpedaya itu ialah mereka yang merasa dirinya memadai dengan ilmuilmu setakat menyentuh amalan-amalan lahiriah sahaja tanpa mempedulikan aspek-aspek yang batin dalam amalan hidup. Maka Imam al-Ghazali rd mengutip kata-kata ulama yang dahulu-dahulu yang bermaksud “Sesiapa yang tidak ada baginya habuan daripada aspek yang batin daripada ilmu ahli tasawuf, maka dibimbangkan ia itu mati dalam kejahatan akhir hayatnya. Dan yang sehabis kurang sekali daripada habuan ilmu demikian ialah menyerahkan hal itu kepada mereka yang ahlinya jangan dibantah”. Imam al-Ghazali menyebutkan pula bahawa kalau seseorang itu mengetahui ilmu yang batin dalam tasawwuf tetapi ia tidak berusaha untuk memperbaikkan dirinya dan amalannya serta hatinya, maka ia terpedaya juga. Hendaklah keadaan ini dijauhi.
Antara mereka yang dibimbangkan binasa ialah orang-orang yang merasa memadai dengan amalan-amalan lahiriah sebagai orang-orang yang taat kepada aturan-aturan hukum agama. Orang yang demikian merasa memadai sebagai orang-orang yang salih dan mengamalkan agama, walhal ia tidak peduli untuk membersihkan diri daripada sifat-sifat yang keji seperti riya’ (yaitu melakukan amal kebajikan dalam agama untuk mendapat sanjungan orang ramai atau untuk menjadi masyhur), ujub iaitu rasa tercengang dengan kebaikan diri sendiri, takbur membesarkan diri atas orang lain; demikian seterusnya.
Antara mereka yang binasa dan terpedaya ialah orang-orang yang meringan-ringankan peraturan Syara’ berkenaan dengan cara masuk ke dalam amalan yang dikehendaki Allah. Ini kerana sikap memandang rendah kepada ilmu, kononnya dikatakanya ilmu ini kulit luar sahaja; yang penting ialah yang batin.
Antara orang-orang yang binasa walaupun mereka beramal ibadat ialah orang-orang yang mengamalkan amalan-amalan seperti sembahyang, puasa dan lainnya, tetapi mereka memandang remeh kepada perbuatan mengumpat kepada orang lain serta dengki terhadap mereka.
Secara terang Imam Ghazali menyebut di kalangan mereka yang menisbahkan diri kepada tasawwuf menjadi binasa kerana mereka mengambil berat tentang resmi dan pakaian seperti orang-orang tasawwuf dengan kain yang mereka pakai, dan tabiat mereka seperti ahli zikir.
Beliau mahu supaya selain daripada resmi lahiriah dan kerja-kerja atau cara hidup lahiriah seperti orang sufi perlulah dijaga adab-adab batinnya. Golongan yang menisbahkan mereka kepada tasawwuf juga ialah orang-orang yang mengaku mempunyai pengetahuan yang tinggi-tinggi seperti aspek-aspek mukasyafah termasuk ilmu tentang Tuhan dan sifat-sifatNya dengan dalamnya tetapi ia mencuaikan amalannya dalam
mentaati Tuhan dan menjalankan aturan agamaNya dengan ikhlas.
Antaranya disebutkan orang-orang yang terpedaya ialah orang-orang yang menganggap Syara’ itu adalah tidak penting kerana ia aspek lahiriah tidak inti bagi agama. Ini bagi agama ia huraian tentang perkara-perkara yang tinggi-tinggi dan mereka ini menghafal kata-kata istilah yang tinggi-tinggi untuk menonjolkan diri sebagai orang-orang tasawwuf yang mencapai darjat yang tinggi, walhal itu adalah hafalan saja
Dalam Faisalah at-Tafriqah Imam Ghazali menyebut tentang mereka yang meringan-ringankan aturan Syara’ seperti orang-orang Zindik.
Kita boleh melihat kekuatan tasawwuf dalam huraian Imam al-Ghazali berdasarkan kepada sifat-sifat keutamaan rohaniah terdiri daripada pelbagai sifat yang perlu diperjuangkan kejayaannya dalam nafsu atau diri batin manusia. Sifat-sifat itu antaranya ialah: taubat, syukur, sabar, takut, harap, zuhud, faqir, tawakkal, tauhid, mahabbah dan syauk kepada Tuhan, niat yang baik, keikhlasan, sifat benar, muraqabah, muhasabah, mengingati maut.
Sifat-sifat yang mesti dibuang daripada jiwa manusia antaranya ialah: kegelojohan nafsu perut dan kelamin, kebinasaan lidah, (berkata-kata tentang perkara yang tidak berfaedah, berbantahbantah, memberat-berat diri untuk menggunakan bahasa berperhiasan, suka memaki, melaknat, mempersenda-sendakan orang, dan lainnya, mengumpat, mengadu orang), bercakap orang awam berdalam-dalam berkenaan dengan Tuhan, sifat marah, berseteru, dengki dan dendam, kegilaan kepada hidup dunia, bakhil, tamak haloba, riya, suka kepada
kemasyhuran, kasihkan pangkat, takabur, ujub atau tercengang dengan kebaikan diri.
Dalam tasawwuf Imam al-Ghazali ada aspek yang menyentuh hubungan manusia dengan Tuhan dalam pengalaman rohaniah sampai seolah-olah manusia merasa dirinya seperti tidak ada yang sebenar-benar ada hanya Tuhan. Ini boleh dikesankan dalam perbincangannya tentang “mahabbah” atau kasih, kejinakan atau “al-uns”, serta hal tauhid. Aspek yang satu lagi ialah bagaimana beliau menyebut Tuhan dengan Sifat-sifatNya yang sempurna dan sediakala
(qadim); ini seperti yang disebut di kalangan sufiah: “Tuhan kekal sebagai Tuhan walaupun ia tajalli (seperti tajalli di bukit Tursina) dan hamba kekal hamba walaupun ia meningkat makamnya.” Berhubung dengan ini maka kita boleh memandang bahawa akidah itu akidah juga Tuhan adalah Yang menjadikan, Yang Kekal dan Sediakala, manusia adalah makhluk, yang baharu. Hanya kita perlu sebutkan bahawa pengalaman ahli-ahli rohani dalam sejarah Islam adalah pengalaman yang benar dan kita menerimanya.
Dalam tasawwuf Imam al-Ghazali terdapat penghayatan akidah Ahlis-Sunnah sampai ke kemuncaknya, dengan perlaksanaan amalan berdasarkan fiqh imam mujtahid yang diikuti oleh orang yang berkenaan; amalan rohaninya pula adalah terdiri daripada amalan-amalan yang diakui ulama, serta dengan penekanan ke atas sifat-sifat keutamaan yang baik (‘asl-fada’il), dan pengikisan dari jiwa sifat-sifat yang buruk (‘al-akhlak almadhmumah’); pengiktirafan ada terhadap pengalaman rohani yang sahih yang sampai kepada tahap bahawa orang yang berkenaan itu sampai mengalami bahawa wujud yang sesungguhnya adalah Tuhan dan wujud hamba adalah wujud yang bukan hakiki, walaupun memang ia “real” pada paras alam benda. Dalam rangka akidah yang sedemikian ini selaraslah akidah manusia di Dunia Melayu dan akidah ini hendaklah dikawal dan diteruskan supaya ia bersemarak; janganlah dibiarkan akidah lain berkembang di kalangan orang Dunia Melayu ini supaya aliran Ahl al-Sunnahnya tetap segar. Antaranya hendaklah jangan dibiarkan berkembang di Dunia Melayu ini pegangan seperti yang ada dalam ajaran Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab yang sampai menuduh Nabi Adam a.s. syirik, Syaikh al-Busiri dalam ‘al-Burdah”nya dikatakan syirik, dikatakan mengucap syahadah dengan tahu maknanya, dengan berikrar, dengan menyeru kepada Tuhan belum menjadikan selamat nyawa dan harta, berdoa di kubur wali sampai dikatakan syirik dan kafir, mengikut imam mujtahid sebagai orang bertaklid sama seperti Orang Ahlil-Kitab mengambil rahib-rahib dan ahli agama mereka sebagai “tuhan-tuhan selain Allah”.
Wallahu a’lam.
